PESONA KALAM FIQR





TERIMA KASIH MASA LALU KU

Terima Kasih Oh masa lalu ku,
Menjadi pendidik pesona batinku,
Terus mencorak lorekan akalku,
Menjadi lilin bagai seorang guru,

Masa lalu melaju saban waktu,
Pantas bak halilintar yang berlalu,
Mara tanpa menoleh dan menunggu,
Punyai makna kehidupan berliku,

Masa lalu memang guru terbaikku,
Pengalaman sebenarnya sebuah ilmu,
Umpama butir mutiara mahal dikalbu,
Memayungi busana kamus hidupku..

Pengalaman sebaik-baik pendidik jiwaku...

M.Fiqr
11 Januari 2012
6.45 P.M.


fiqr says : Semoga aku akan mendapat pengalaman yang berguna semasa aku praktikal nnti kan ? hmm.. ^_^
segenap detik lagi.. cukuplah 4 tahun aku bersama di pbukitan ilmu IPT ini.. terasa sedih untuk tinggalkan kenangan 4 tahun bersama. terima kasih kepada semua kenangan aku.. rakan-rakan JAKSA KPZ.. teman2x PERMAJ.. sahabat2x PIBA.. ex-rumate2x aku.. dan semua kawan2x. Bermacam2 cerita sepanjang aku bergelar Mahasiswa di sini. Suka, sedih, cinta, rindu, benci. tawa. dan gembira. Terima Kasih atas semua itu, ^___^. Ampun maaf kekhilafan aku. Sama-sama kita berdoa agar semuanya berjaya.. AMIN...

Share

Categories: ,

Do You LIke My Blog ?